Laluan berduri menanti Bersatu
Iklan
TIADA jalan mudah dan singkat untuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memaksa enam ahli Parlimennya yang berpaling tadah dan menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, supaya mengosongkan kerusi dimenangi mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.
Peguam Haniff Khatri Abdulla menjelaskan, proses mahkamah dan prosedur undang-undang membabitkan tuntutan Bersatu yang bermula dari Mahkamah Tinggi sehingga dimuktamad oleh Mahkamah Persekutuan mungkin mengambil masa antara satu tahun hingga tiga tahun bergantung kepada keadaan dan budi bicara hakim.