Dua parah pendingin hawa meletup ketika dibaiki

Iklan

KLANG - Dua lelaki parah selepas pendingin hawa yang dibaiki mereka meletup dalam kejadian di Westport Bisnes Central di sini tadi.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa merupakan warga tempatan mengalami kecederaan di bahagian muka dan tangan.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 4.30 petang.

"Sepasukan anggota dan pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dikejarkan ke tempat kejadian dan tiba kira-kira jam 4.48 petang.

Iklan
Iklan

"Mangsa yang parah dihantar ke hospital menggunakan ambulans sebelum pihak bomba sampai di lokasi kejadian," katanya menerusi kenyataan hari ini.