Hannah Yeoh tegur pemakaian Joe Flizzow

Iklan
Hannah Yeoh dan Joe Flizzow

SHAH ALAM - Perkongsian Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengenai perwatakan penyanyi rap terkenal yang juga penerbit muzik, Joe Flizzow ketika zaman persekolahan tular di aplikasi TikTok.

Menerusi klip video dipercayai sedutan daripada dokumentari istimewa berjudul 'This Is Johan' mengenai penyanyi tersohor itu, Ahli Parlimen Segambut tersebut menyifatkan pemilik nama sebenar, Johan Ishak berbeza dengan rakan yang lain.

Klip video Hannah berkingsi mengenai Joe Flizzow yang tular di TikTok

Iklan
Iklan

"Uniform dia (Joe Flizzow) selalu sedikit berbeza dari yang lain, dia pakai seluar 'baggy', baju selalu tak 'tuck in' (dimasukkan ke dalam).

"Sebagai ketua pengawas saya selalu tegur dia dan memperbetulkan cara pemakaiannya,” kongsi wakil rakyat DAP itu.

Iklan

Hannah dan Joe merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Subang Utama, Selangor.

Sementara itu, menerusi potongan klip video sama, Joe yang juga pelantun lagu Satu Malam Di Temasek dilihat membalas kenyataan Hannah terhadapnya.

Iklan

"Nakal lebih elok berbanding jahat. Nakal tak apa. Degil tak apa, jangan jahat je," ujar penyanyi yang sebelum ini pernah menganggotai kumpulan Too Phat.

Dokumentari This Is Johan bahagian satu dan dua sudah ditayangkan dan boleh ditonton menerusi platform penstriman hiburan, Viu.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28