Diperkosa tujuh lelaki ketika 'singgah' di India

Iklan
Pasangan itu turut berkongsi pengalaman menakutkan itu menerusi Instagram. - Foto: Agensi

NEW DELHI - Seorang wanita Sepanyol berusia 28 tahun berdepan detik hitam ketika 'singgah' di India apabila dia mendakwa diperkosa secara bergilir-gilir oleh tujuh lelaki warga tempatan ketika kejadian pada malam Jumaat lalu.

Menerusi rakaman video yang menjadi tular di media sosial, mangsa yang identitinya tidak didedahkan turut menunjukkan kesan lebam pada wajahnya malah suaminya juga dipukul beberapa kali dengan topi keledar.

Iklan
Iklan

Blogger kembara yang mempunyai lebih 200,000 pengikut di Instagram menceritakan bagaimana mereka diserang ketika bermalam di bawah khemah sementara di daerah Dumka, negeri Jharkhand, terletak kira-kira 300 kilometer (km) dari Ranchi.

"Sesuatu yang buruk berlaku dan kami berharap orang lain tidak menerima nasib sama. Tujuh lelaki menodai saya.

Iklan

"Mereka juga memukul dan merompak kami," katanya menerusi rakaman tersebut yang telah dipadamkan atas permintaan pihak berkuasa Jharkand yang sedang melakukan siasatan.

Difahamkan, pengalaman menakutkan itu menimpa pasangan berkenaan setelah mereka sudah mengembara ke 63 negara dan menempuh perjalanan sejauh 170,000km.

Iklan

Setelah insiden itu mendapat perhatian ramai, pihak berkuasa mengesahkan seramai empat suspek berjaya diberkas.

"Kesemua pelaku telah dikenal pasti dan baki mereka bakal ditahan tidak lama lagi," kata Ketua Polis Jharkhand, Ajay Kumar Singh sambil menambah kereta peronda menyelamatkan mereka dan membawa ke hospital berhampiran.

Keganasan seksual terhadap wanita dianggap 'perkara biasa' di India dan data Biro Rekod Jenayah Kebangsaan menunjukkan secara purata hampir 90 kes dilaporkan pada setiap hari.

Negeri Rajasthan, Uttar Pradesh, Madhya Pradesh antara yang merekodkan kes perkosa paling tinggi. - Agensi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28