Fokus selesai isu rakyat yang tertangguh
Iklan
Chun Kuang (berdiri, kiri) dan pegawainya menyantuni warga emas yang datang untuk mengemas kini maklumat Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di kaunter yang disediakan di Pusat Khidmat DUN Semambu.
DIPILIH sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) memberikan peluang kepada Chan Chun Kuang untuk mencabar diri beliau berkhidmat sebagai wakil rakyat.
Beliau yang dikenali dan tidak asing bagi penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu ternyata ‘langkah kanan’ apabila berpeluang menjadi ADUN kerajaan selepas terbentuknya Kerajaan Perpaduan di Pahang.