Kawalan keselamatan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia diperketat

Iklan
Polis meronda di Pusat Konvensyen dan Pameran Melbourne semasa Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia 2024 di Melbourne - Foto: EPA

MELBOURNE - Kawalan keselamatan diperketat pada Isnin sempena Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia yang berlangsung di Pusat Konvensyen dan Pameran Melbourne ketika ini.

Sidang khas itu dihoskan oleh Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese ketika negara itu meraikan ulang tahun ke-50 sebagai rakan luar pertama ASEAN, tahun ini.

Iklan
Iklan

Sembilan pemimpin Asia Tenggara dijadual mengambil bahagian dalam sidang yang disifatkan sebagai salah satu perhimpunan diplomatik terbesar di Australia yang berlangsung mulai 4 hingga 6 Mac.

Pada masa sama, pemimpin-pemimpin terlibat berharap dapat memperkukuhkan hubungan keselamatan dan ekonomi menerusi sidang ini.

Iklan

Australia juga merancang untuk mengadakan perbincangan dengan China selepas persidangan bagi membincangkan topik perdagangan, keselamatan dan lain-lain.

Sementara itu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut melakukan lawatan rasmi pertamanya ke Australia dan mengetuai delegasi Malaysia ke dua program utama iaitu Mesyuarat Pemimpin Tahunan Malaysia-Australia dan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia.

Iklan

Lawatan Anwar ke Australia adalah atas jemputan Albanese termasuk bagi menghadiri mesyuarat dan pertemuan penting di Melbourne, sebelum ke Canberra pada hari terakhir, 7 Mac. - Agensi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28