Sambung jajaran ECRL sehingga Rantau Panjang - Sultan Kelantan

Iklan
Sultan Muhammad V

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mahu jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) disambung ke Rantau Panjang dalam memacu pertumbuhan ekonomi antara sempadan.

Titah tersebut dibacakan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Kelantan Yang Kelima Belas Tahun 2024 pada Isnin.

Iklan
Iklan

Baginda bertitah, langkah itu juga mampu mengukuhkan hubungan antara Malaysia dan Thailand.

"Beta juga menyeru supaya projek jaringan jalan raya utama di Kelantan seperti Central Spine Road dan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Iklan

Titah baginda lagi, suatu penyelesaian yang komprehensif hendaklah dibuat dengan kadar segera bagi menyelesaikan masalah bencana banjir.

"Beta amat bersimpati dengan rakyat yang telah ditimpa dengan bencana banjir baru-baru ini.

Iklan

"Beta dimaklumkan kemajuan projek pelaksanaan Projek Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kelantan dan Sungai Golok Fasa 1 berada pada tahap 92 peratus.

"Beta ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan atas kelulusan peruntukan bagi meneruskan pelaksanaan Projek Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kelantan Fasa 2 dan Sungai Golok Fasa 3," titah baginda.

Baginda bertitah, diharapkan projek ini akan dilaksanakan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

"Beta gembira melihat status pencapaian semasa projek menaik taraf dan pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra mengikut jadual," titah baginda.

Sultan Muhammad V turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan atas kelulusan projek pembangunan fizikal dan bukan fizikal di dalam Rolling Plan Keempat Rancangan Malaysia Ke-12.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

___________________________________________________________________________________________________________________________

Kelantan perlu jadi pemain utama industri halal - Sultan Kelantan

KOTA BHARU - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bertitah, Kelantan perlu menjadi pemain utama dalam industri halal di negara ini.

Titah tersebut dibacakan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Kelantan Yang Kelima Belas Tahun 2024 pada Isnin.

Baginda bertitah, langkah itu selari dengan dasar pentadbiran Kelantan Membangun Bersama Islam (MBI).

"Peluang menjadi antara pemain utama dalam industri halal perlu diambil. Ia susulan halal Malaysia diunjurkan berkembang kepada RM500 bilion pada 2030," titah baginda.

Sultan Muhammad V bertitah, baginda dimaklumkan pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh kerajan negeri antaranya menggalakkan usahawan mendapatkan sijil pengesahan halal.

Titah baginda, pada masa sama kerajaan negeri ada menyediakan skim mikro kredit sebagai bantuan pembiayaan tanpa faedah kepada usahawan-usahawan mikro di Kelantan.

Sementara itu, Sultan Muhammad V menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada jajahan Kuala Krai dan Gua Musang yang telah terpilih antara 10 bandar bahagia di Malaysia sempena Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia 2023.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28