IPOH - Sebanyak 28 kenderaan mewah pelbagai model melibatkan cukai bernilai lebih RM10.4 juta disita Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam operasi di 12 lokasi berasingan sekitar Perak dan Selangor sejak Januari lalu.
Pengarah Kastam Perak, Datuk Abdul Ghafar Mohamad berkata, rampasan kenderaan antaranya Lamborghini, Porche dan Mercedes itu dilakukan selepas disyaki telah melanggar syarat pengecualian cukai.
Toyota Vellfire antara kenderaan mewah yang dikesan melanggar syarat pengecualian cukai.