KOTA BHARU - Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah mengesahkan parti itu giat berusaha menghadap Raja-Raja Melayu dalam usaha memperkasakan Kanun Jenayah Syariah di Malaysia.
Beliau berkata, pihaknya melalui Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar sudah menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
"Selepas ini, kita akan menghadap sultan-sultan di seluruh negeri.
Menurut beliau, untuk Kelantan berkait Kanun Jenayah Syariah sudah sampai ke pengetahuan Sultan Muhammad V.
Ujarnya, ia bagi memantapkan lagi Jawatankuasa Memperkasakan Syariah yang merangkumi ahli undang-undang, pensyarah universiti berkait dengan syariah dan ramai lagi.
"Pada masa sama, kita (Pas) telah menyusun beberapa tindakan dan langkah untuk memastikan usaha memperkasakan Mahkamah Syariah tidak terhenti.
"Jadi kita akan lihat dalam pelbagai sudut selepas ini. Ramai yang melibat masalah ini melibatkan Kelantan namun ia sebenarnya seluruh negara.
"Jadi, saya rasa orang yang mengatakan Kelantan ni gopoh, tidak bijak buat keputusan itu di negeri. Kerajaan Persekutuan juga buat benda yang sama di Parlimen untuk Wilayah Persekutuan," katanya.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28