Kelantan pantau kehadiran Mawla Amin

Iklan
Kerajaan Kelantan memantau kehadiran Mawla Amin atau nama sebenarnya Muhammad Mohamed Amin Ouradji yang didakwa mempunyai kaitan dengan Sharif Idrissi di Maghribi atau mana-mana keturunan Nabi Muhammad SAW.

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan memantau kehadiran Mawla Amin atau nama sebenarnya Muhammad Mohamed Amin Ouradji yang didakwa mempunyai kaitan dengan Sharif Idrissi di Maghribi atau mana-mana keturunan Nabi Muhammad SAW.

Exco Pembangunan Insan, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Mohd Asri Mat Daud berkata, setakat ini individu tersebut tidak datang ke Kelantan.

Iklan
Iklan

"Jadi kalau yang terlalu menonjol kita akan siasat," katanya kepada pemberita selepas Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Yang Kelima Belas Tahun 2024 di Kompleks Kota Darulnaim di sini pada Isnin.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya juga memantau kehadiran individu berkenaan di negeri ini.

Iklan

Ujar beliau, Polis Kelantan turut membuat risikan berkait dengan perkara tersebut.

"Kita akan bantu kontinjen lain dalam perkara ini," katanya.

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28