Lunjur kaki di tempat letak tangan sikap kurang ajar

Iklan
Tangkapan layar video yang memaparkan kaki seorang penumpang yang dilunjurkan di atas tempat letak tangan kerusi penumpang lain. Foto sobsibsub/Reddit

SHAH ALAM - Tindakan seorang penumpang sebuah pesawat yang melunjurkan kakinya tanpa memakai kasut di antara tempat letak tangan bagi tempat duduk hadapan mendapat kecaman daripada netizen.

Video yang berdurasi 13 saat itu dirakam oleh seorang penumpang yang memaparkan lelaki tersebut berbuat demikian tanpa mempedulikan kanak-kanak yang duduk di hadapannya.

Iklan
Iklan

Rakaman itu kemudiannya berpaling kepada kanak-kanak yang duduk di tempat duduk hadapannya itu. Lapor Daily Star yang memetik sumber.

Perkongsian yang dimuat naik di forum dalam talian, Reddit menerima ribuan komen terutamanya daripada mereka yang pernah mengalami situasi yang sama.

Iklan

Malah mereka turut mempersoalkan mengapa orang tidak memahami tingkah laku yang tidak sesuai sebagai seorang penumpang pesawat.

"Adakah ini benar-benar berlaku? Adakah pemikiran saya berbeza daripada pemikiran mereka yang lain? Saya tidak pernah langsung terdetik untuk melakukan perbuatan tersebut yang bersikap kurang ajar," tulis Michealjam.

Iklan

ShannonDin pula memberitahu,"Perbuatan letak kaki di tempat duduk seperti itu sememangnya satu perbuatan yang kurang ajar yang tidak boleh dimaafkan kerana bagi saya inilah sifat mentaliti orang yang lemah dan tidak beradab."

Selain itu, spekulasi lain mula timbul apabila terdapat netizen yang mendakwa kaki tersebut adalah milik kepada individu yang membuat rakaman sebagai cubaan untuk bergurau dengan penumpang berkenaan.

"Aku melihat seperti gayanya ini prank ini yang sengaja ingin mengenakan penumpang terbabit. Tak tahulah siapa yang betul dan yang salah yang penting perbuatannya itu sangat tak patut," kata ZinieRa.