Kerajaan disaran lakukan pembenihan awan di Sabah

Iklan
Kerajaan disaran melakukan proses pembenihan awan di Sabah susulan cuaca panas sejak hampir sebulan di negeri ini. Foto hiasan, gambar kecil: Masiung Banah

KOTA KINABALU - Kerajaan disaran melakukan proses pembenihan awan di Sabah susulan cuaca panas dan kering yang melanda sejak hampir sebulan di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah berkata, terdapat keperluan bagi kerajaan Persekutuan mengambil langkah drastik untuk melakukan proses pembenihan awan di Sabah.

Iklan
Iklan

"Menurut laporan Jabatan Air Negeri Sabah (JAS) menunjukkan takungan empangan air berada ditahap kritikal dan hanya berbaki tiga bulan untuk menampung keperluan pengguna.

"Malah sumber air di lembangan sungai di beberapa daerah juga telah menunjukan paras penurunan yang ketara," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Katanya lagi, gelombang haba yang tinggi boleh memusnahkan tanaman dan ternakan dan ia telah mula menjejaskan penduduk di kawasan luar bandar.

Sehubungan itu, beliau mahu kerajaan Sabah mengemukakan segera permohonan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk melakukan proses pembenihan awan.

Iklan

"Ketika ini, keadaan kemarau dan cuaca panas di Sabah sudah mencecah satu bulan.

"Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) juga turut meramalkan keadan kering dan panas di Sabah akan berterusan sehingga hujung Mei depan.

"Fenomena monsun barat daya kali ini agak luar biasa dan kerajaan perlu segera mengambil langkah drastik supaya proses pembenihan awan disegerakan," katanya.

Tambah beliau lagi, langkah catuan bekalan air kurang disenangi pendudu ditambah pula umat Islam akan menunaikan ibadah puasa pada minggu hadapan.

"Selain itu, sesi persekolahan juga mula dibuka, di mana cuaca panas dan kering boleh menyebabkan orang ramai termasuk murid terdedah dengan strok haba," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28