Yingluck tumpang 'tuah' Thaksin

Iklan
Pemimpin wanita itu masih berdepan enam lagi kes mahkamah berhubung tuduhan korupsi sepanjang memegang jawatan Perdana Menteri. Foto Agensi

BANGKOK - Mahkamah Agung Thailand pada Isnin pada Isnin menggugurkan tuduhan rasuah ke atas bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra.

Adik kepada Thaksin yang merupakan pemimpin berpengaruh dan dibebaskan dengan parol pada bulan lalu itu berdepan dakwaan melakukan penyelewengan berkaitan projek pada 2013 bernilai lebih AS$6.7 juta (RM31.7 juta).

Iklan
Iklan

Keputusan panel terdiri daripada sembilan hakim itu merupakan 'kemenangan' terbaharu buat keluarga Shinawatra selepas Yingluck juga disingkirkan menerusi rampasan kuasa pada 2014.

Yingluck yang memimpin negara itu pada 2011 bersama lima individu lain didakwa tidak menjalankan proses bidaan dengan betul bagi kempen 'Siri Jelajah untuk Membina Masa Depan Thailand' yang mempromosikan projek infrastruktur di bawah kerajaan pimpinannya.

Iklan

Panel hakim berkenaan sebulat suara membuat keputusan yang berpihak kepadanya dengan menyatakan mereka tidak menemui bukti tentang niat yang bertujuan memberi manfaat kepada dua rangkaian media utama yang mendapat kontrak itu.

"Projek itu dilakukan mengikut peraturan yang ditetapkan," jelas kenyataan mahkamah.

Iklan

Yingluck yang hidup dalam buangan sejak 2017 untuk mengelakkan sabitan satu lagi kes mahkamah bagaimanapun tidak hadir ketika prosiding tersebut dan hanya diwakili oleh peguamnya.

"Kami menerima belas ihsan mahkamah untuk menolak kes itu," tegas bekas Timbalan Perdana Menteri, Niwatthamrong Boonsongpaisan.

Pada 2017, Yingluck dijatuhi hukuman penjara lima tahun atas sabitan kes rasuah berkaitan skim beras untuk golongan petani pada 2011.

Pemimpin wanita itu masih berdepan enam lagi kes mahkamah berhubung tuduhan korupsi sepanjang memegang jawatan Perdana Menteri. - AFP