Najib beli sut bernilai AS$38,695 di House of Bijan

Iklan
Najib

KUALA LUMPUR - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia telah membeli jaket atau sut bernilai AS$38,695 (RM130,188.52) di House of Bijan, sebuah butik dianggap termahal di dunia yang terletak di Rodeo Drive di Beverly Hills, California, Amerika Syarikat.

Urusan pembelian tersebut dibuat dengan menggunakan kad kredit miliknya, Ambank Platinum Master Card pada 3 Januari 2014.

Iklan
Iklan

Beliau berkata demikian ketika diperiksa balas oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram mengenai perbelanjaan kad kreditnya.

Sithambaram: Datuk Seri, kamu telah membelanjakan RM79,946.75 di House of Bijan pada 3 Januari 2014. Ini untuk perbelanjaan peribadi anda?

Iklan

Najib: Ya

Sithambaram: Datuk Seri, kamu juga membelanjakan RM50,241.77 di House of Bijan pada tarikh yang sama. Ia juga perbelanjaan peribadi kamu?

Iklan

Najib: Ya

Sithambaram: Bolehkah saya minta kamu perbelanjaan itu untuk apa?

Najib: Mungkin jaket atau sut, saya tidak berapa ingat.

Terdahulu, Sithambaram juga mendedahkan bahawa RM14,662.46 telah dibelanjakan di Stefano Ricci pada 28 Disember 2013.

Najib membela diri terhadap tujuh pertuduhan menyelewengkan RM42 juta dana SRC International, membabitkan tiga pertuduhan jenayah pecah amanah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya berkaitan dana SRC.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung 20 Januari ini. - Bernama