Lelaki diserang sawan maut, MPV dipandu terbabas dan terbalik

Iklan
Keadaan MPV yang terbalik dalam kemalangan tersebut. - Foto Ihsan Polis Batu Pahat.

BATU PAHAT - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki maut manakala enam lagi penumpang termasuk seorang bayi cedera apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya hilang kawalan di kilometer (km) 112.6 Lebuh Raya Utara Selatan (Yong Peng-Pagoh,) pada Ahad.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, polis terima maklumat daripada orang awam mengenai kemalangan maut tersebut kira-kira jam 8.55 malam.

Iklan
Iklan

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila Toyota Alphard itu dari arah Genting Highlands menghala ke Endau, Johor itu hilang kawalan apabila pemandu MPV dipercayai secara tiba-tiba mengalami serangan sawan hingga mengakibatkan kenderaan yang dipandunya terbabas dan terbalik,” katanya.

Pemandu yang berasal dari Endau, Johor itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala enam penumpang lain iaitu isterinya yang berusia 31 tahun, ibu mertua (55), serta tiga kanak-kanak berusia 14, 10 dan enam tahun serta seorang bayi berusia tujuh bulan cedera ringan dan mendapat rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat.

Iklan

Kes disiasat di bawah Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Hafz Mohd Shahid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan berkenaan pada jam 8.17 malam, pada Ahad.

Iklan

"Setibanya ke lokasi PKO mendapati kemalangan berkenaan melibatkan sebuah MPV jenis Toyota Alphard yang terbabas dan terbalik.

"Terdapat seorang mangsa lelaki dewasa tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi.

"PKO kemudiannya mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa-mangsa lain tidak mengalami kecederaan dan telah keluar sendiri sebelum PKO tiba.