UMNO Labuan sudah buka 'war room', sedia rampas kerusi tradisi BN

Iklan
Mohd Rafi

LABUAN - [DIKEMAS KINI] UMNO Labuan tekad untuk merampas semula kerusi Parlimen Labuan yang sebelum ini menjadi kerusi 'tradisi' Barisan Nasional (BN).

Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Mohd Ali Hassan berkata, selepas mengambil alih tampuk Ketua Bahagian pada Mac tahun lalu beliau telah mengingatkan jentera supaya perlu diaktifkan 'war room' untuk merampas kerusi tradisi UMNO di Labuan.

Iklan
Iklan

"Sebenarnya di peringkat UMNO Labuan, kita sudah ada 'war room' namun sama ada ia aktif atau sebaliknya. Jadi saya peringatkan kepada jentera untuk aktifkan dan sama ada berlaku PRK atau tidak, ia tetap diaktifkan.

"Kita di sini mempunyai 8,000 ahli di mana seramai 3,000 daripadanya aktif dan saya yakin kita mampu merampas semula kerusi tradisi ini kerana selepas kekalahan BN pada 2018 memang ramai ahli telah keluar namun kini mereka telah kembali selepas Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Labuan Datuk Suhaili Abdul Rahman digantung keahlian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan UMNO untuk membuka 'war room' sebagai persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) membabitkan enam Parlimen.

Cadangan itu susulan pindaan perlembagaan Bersatu yang diluluskan berhubung pelucutan keahlian bagi ahli Parlimen yang menyokong pihak lawan pada Sabtu lalu.

Iklan

Diminta mengulas mengenai peluang untuk merebut semula kerusi tersebut, Mohd Rafi melihat UMNO Labuan mempunyai peluang yang cerah untuk menang jika PRK diadakan.

"Ramai yang tidak tahu tiga bekas Ketua UMNO ini iaitu Suhaili, Datuk Rozman Isli (bekas Ahli Parlimen Labuan) dan Datuk Bashir Alias telah bertanding dan bertembung sesama sendiri menyebabkan berlaku undi UMNO pecah tiga.

"Ini ditambah lagi UMNO mendapat kerjasama yang cukup baik dengan komponen PH, ada kerjasama baik antara BN dan PH, jadi peluang sangat cerah," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28