Empat warga emas maut, 18 cedera dalam kebakaran di Jerman

Iklan
Gambar hiasa. Foto 123RF

BERLIN - Kebakaran di sebuah kediaman warga emas di barat laut Jerman, mengorbankan empat penghuni dan mencederakan sekurang-kurangnya 18 yang lain, menurut pihak berkuasa pada Isnin.

Kejadian berlaku pada awal pagi di pekan kecil di Bedburg-Hau, lapor Agensi Anadolu memetik penyiar WDR.

Iklan
Iklan

Seorang anggota bomba dan pegawai polis turut cedera parah, menurut pihak berkuasa.

Sekurang-kurangnya 46 penghuni lain diselamatkan dengan 15 daripadanya cedera ringan.

Iklan

Pihak bomba masih belum dapat memberikan sebarang maklumat mengenai punca kebakaran. - Bernama/Anadolu

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Iklan