KAHERAH - Negara perantara dan delegasi Hamas membuat kemajuan ketara dalam rundingan untuk melaksanakan gencatan senjata di Gaza.
Perkembangan itu dilaporkan media tempatan pada Isnin selepas proses itu memasuki hari kedua dan semakin suntuk menjelang ketibaan Ramadan pada awal minggu depan.
Iklan
Iklan
Cadangan yang dibincangkan termasuk perjanjian pertukaran tahanan seperti dicapai ketika tempoh bertenang sebelum ini.
Usaha itu disertai Mesir, Qatar dan Amerika Syarikat (AS) yang berhempas-pulas memastikan kedua-dua pihak bertelagah berpuas hati dengan tuntutan masing-masing.
"Kaherah mempergiatkan usaha untuk mencapai kesepakatan itu dalam tempoh terdekat," lapor al-Qahera News.
Pada akhir minggu lalu, pegawai di Washington memaklumkan Israel secara umumnya telah menerima syarat untuk pelaksanaan gencatan senjata selama enam minggu itu. - AFP
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28