Mangsa layak tuntut pampasan Skim Bencana Pekerjaan - PERKESO

Iklan
Laporan Sinar Harian (Gambar kecil: Hamzi Hanifa)

KUANTAN - Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Pahang sedang mendapatkan maklumat dan dokumen lanjut sebelum menetapkan jumlah pampasan susulan kes seorang wanita cedera dihempap papan tanda tercabut diterbangkan angin kencang pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang di persimpangan lampu isyarat Tok Gajah, Jerantut itu, mangsa iaitu pekerja syarikat pembersihan Alam Flora, G Muniammah, 57 tahun mengalami lebam di mata dan dahi akibat insiden tersebut.

Iklan
Iklan

Timbalan Pengarahnya, Hamzi Hanifa Mahyuddin berkata, mangsa layak untuk menuntut di bawah Skim Bencana Pekerjaan.

"Berdasarkan keterangan mangsa, kemalangan berlaku ketika perjalanan yang dilakukan boleh ditakrifkan sebagai bencana kerja dan layak menerima bayaran faedah hilang upaya sementara.

Iklan

Ujarnya, bayaran pampasan akan dibayar apabila mangsa menerima MC terbabit yang akan diberikan selepas keluar dari hospital nanti.

Sebelum itu, video kejadian menimpa mangsa itu tular di media sosial selepas dikongsi netizen dan mendapat perhatian pihak polis.

Iklan

Ketua Polis Daerah, Superintenden Azman Mat Kamis berkata, kejadian menimpa wanita itu berlaku dalam keadaan cuaca hujan lebat dan angin kencang.

Menurutnya, ketika kejadian mangsa sedang menunggang motosikal melepasi lampu isyarat hijau di persimpangan lampu isyarat terbabit.

"Secara tiba-tiba sebuah papan tanda tercabut akibat ditiup angin kencang sebelum menghempap mangsa.

"Mangsa telah dihantar ke Hospital Jerantut untuk menjalani rawatan lanjut selepas kejadian," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28