Tiada kesan runtuhan tebing di kawasan pengambilan pasir - Exco
Iklan
Laporan Sinar Harian pada Isnin.
ALOR SETAR - Kerajaan Kedah menafikan terdapat kesan runtuhan tebing di kawasan pengambilan pasir di Sungai Muda, Jeniang dekat Gurun seperti yang didakwa penduduk di kawasan itu sebelum ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar Kedah, Mohamad Yusoff Zakaria berkata, semakan secara menyeluruh terhadap kuari itu mendapati ia mematuhi peraturan Kanun Tanah Negara (Akta 828) Seksyen 426 dan pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah.
Iklan
Iklan
"Semasa lawatan tapak dijalankan, kuari tidak beroperasi sepenuhnya dan hanya menjalankan kerja-kerja mengepam pasir di dalam sungai dan kerja-kerja di dalam tapak ‘stokfile’ atau simpanan.
"Tiada kesan runtuhan tebing berlaku di kawasan sekitar, bahan batuan pasir sungai tidak diangkut keluar semasa lawatan tapak dijalankan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Iklan
Mohamad Yusoff berkata, operasi mengepam pasir sungai dilakukan empat hari dan terdapat anggaran baki simpanan pasir sebanyak 500 meter padu atau bersamaan 50 buah lori.
Beliau berkata, operasi yang dijalankan perlu mematuhi syarat sedia ada berdasarkan kelulusan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkaitan serta syarat teknikal yang dikeluarkan oleh jabatan teknikal yang berkaitan.
Iklan
Terdahulu, media melaporkan hampir 200 penduduk di Kampung Masjid Lama, Jeniang membantah projek menyedut pasir yang dilakukan di Sungai Muda berhampiran kampung itu yang didakwa mengancam keselamatan penduduk.
Penduduk mendakwa, projek yang bermula awal Januari lalu itu turut berisiko memberi impak hakisan di lokasi Jambatan Jeniang yang terletak kira-kira 900 meter dari tapak projek. - Bernama
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam