TEHERAN - Pesawat Ukraine yang terhempas di selatan ibu negara Iran awal pagi semalam dan mengorbankan semua 179 individu sempat berpatah balik apabila mengalami masalah.
Menurut Pertubuhan Penerbangan Awam Iran dalam satu kenyataan hari ini, pesawat berkenaan pada awalnya menuju ke bahagian barat selepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini namun ia kembali menghala ke lapangan terbang tidak lama kemudian.
Iklan
Iklan
"Pesawat itu hilang dari radar ketika ia mencapai ketinggian 2,400 meter. Juruterbang tidak menghantar sebarang mesej audio mengenai keadaan luar biasa yang dialami.
"Saksi memberitahu, kebakaran yang dikesan pada badan pesawat marak dengan cepat," jelas pertubuhan terbabit ketika mendedahkan penemuan pertama siasatannya berkaitan nahas tersebut.
Susulan insiden itu, Amerika Syarikat (AS) dan Kanada menggesa siasatan penuh dilakukan bagi mengetahui punca kemalangan yang berlaku sejurus Iran melancarkan serangan misil di pangkalan tentera AS di Iraq. - AFP