Menteri ekstremis Israel gesa 'hapuskan' bulan Ramadan

Iklan
Eliyahu pernah menyatakan penggunaan senjata nuklear sebagai pilihan untuk perang genosid di Gaza. - Foto: Agensi

TEL AVIV - Menteri berhaluan kanan Israel secara tiba-tiba menggesa bulan Ramadan 'dihapuskan' ketika ketegangan semakin meningkat di Tebing Barat di tengah-tengah Perang Gaza yang tiada kesudahan.

Kenyataan provokasi itu dikeluarkan Menteri Kebudayaan, Amichai Eliyahu ketika wawancara bersama Army Radio menjelang ketibaan bulan suci itu pada minggu depan.

Iklan
Iklan

"Ketakutan kita terhadap bulan ini juga perlu dihapuskan sama sekali. Potensi konflik semakin meningkat ketika Ramadan wajar diabaikan pemerintah," ujarnya dengan angkuh.

Difahamkan, Eliyahu merupakan anggota parti ekstremis Otzma Yehudit yang dianggap sebagai fasis dan anti-Arab pimpinan Menteri Keselamatan Negara, Itamar Ben-Gvir.

Iklan

Pada November lalu, dia pernah mengeluarkan kenyataan melampau sama apabila memaklumkan penggunaan senjata nuklear sebagai pilihan kepada tentera Israel ketika perang genosid di Gaza malah dengan selamba menegaskan wilayah terkepung itu tiada hak untuk wujud.

Majlis Hubungan Muslim-Amerika (CAIR) bagaimanapun mengutuk kenyataan Eliyahu dan menggesa Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden juga melakukan tindakan serupa.

Iklan

"Sekali lagi, ahli politik Israel membuat kenyataan genosid seperti itu dan pentadbiran Biden hanya berdiam diri. Cukuplah dengan kata-kata tak masuk akal seperti ini," tegas Timbalan Pengarah Eksekutif CAIR, Edward Ahmed Mitchel.

Pada bulan lalu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengarahkan sekatan ketat terhadap akses untuk penduduk Palestin ke Masjid al-Aqsa sepanjang Ramadan yang turut mengundang bantahan banyak pihak. - Agensi