Piala Presiden: JDT III Kumpulan A, Negeri Sembilan Kumpulan B

Iklan

PENYANDANG juara edisi 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) III bakal menyingkap kempen Piala Presiden 2024 kejuaraan Bawah 20 tahun dalam Kumpulan A yang dijadualkan bermula 21 April depan.

JDT diundi bersama-sama Sabah FC,

Iklan
Iklan

Melaka FA, Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Bawah 16, Terengganu FC III, Kuala Lumpur City FC, Melaka FA, Perak FC III dan Kelantan FA.

Sementara itu, naib juara musim lalu Negeri Sembilan FC diundi dalam Kumpulan B bersama-sama Selangor FC, Kedah Darul Aman FC, Kelantan United FC, Sri Pahang FC, PDRM FC, Kuching City FC dan Penang FC

Iklan

Saingan peringkat kumpulan menggunakan format liga dua pusingan timbal balik dan akan berakhir pada Ogos sebelum bermulanya Sukan Malaysia (Sukma) 2024.

Empat pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke suku akhir, seterusnya separuh akhir dan final (timbal balik) yang akan berlangsung pada September dan Oktober.

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28