BEIJING - Timbalan Perdana Menteri China, Liu He akan berlepas ke Washington minggu depan untuk menandatangani perjanjian Fasa Pertama dengan Amerika Syarikat (AS).
Ia bertujuan untuk meredakan perang perdagangan antara dua ekonomi terbesar di dunia itu.
Iklan
Iklan
Menurut Kementerian Perdagangan, He yang merupakan perunding utama China dalam konflik perdagangan akan berada di ibu negara AS bermula hari Isnin hingga Rabu.
"Atas jemputan AS, He akan mengetuai delegasi ke Washington dari 13 hingga 15 Januari. Kedua-dua pihak berkomunikasi rapat dalam menyusun perincian mengenai pemeteraian itu," jelas jurucakap kementerian, Gao Feng.
Difahamkan, perjanjian akan meliputi perlindungan harta intelek, makanan dan barangan pertanian, perkhidmatan kewangan dan pertukaran asing dan peruntukan untuk menyelesaikan pertikaian.
Minggu lalu, Presiden Donald Trump mengumumkan AS dan China akan memeterai perjanjian mini pada 15 Januari namun, Beijing tidak mengesahkan perkara itu. - AFP
Artikel Berkaitan