Shehbaz Sharif angkat sumpah Perdana Menteri Pakistan

Iklan
Shehbaz berucap di Parlimen di Islamabad pada Ahad. Foto AFP/ Pakistan National Assembly

NEW DELHI - Shehbaz Sharif mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-24 Pakistan untuk penggal kedua pada Isnin.

Pemimpin berusia 72 tahun itu mengangkat sumpah jawatan di istana presiden di Islamabad yang diselia oleh Presiden Arif Alvi.

Iklan
Iklan

Sebagai ahli Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N), Shehbaz dipilih untuk jawatan tertinggi itu pada Ahad selepas beliau memperoleh 201 undi di Dewan Rakyat untuk mengalahkan pesaingnya, Omar Ayub Khan dari Parti Tehreek-e-Insaf (PTI).

Mereka yang hadir pada majlis angkat sumpah itu, termasuk abangnya yang juga bekas perdana menteri, Nawaz Sharif; bekas presiden, Asif Ali Zardari; anak Zardari yang juga pengerusi Pakistan People's Party (PPP), Bilawal Bhutto Zardari dan anak saudara Shehbaz yang juga ketua menteri Punjab, Maryam Nawaz Sharif.

Iklan

Shehbaz sebelum ini berkhidmat sebagai perdana menteri antara April 2022 dan Ogos 2023.

Pakistan telah mengadakan pilihan raya umum pada 8 Februari. - Bernama

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28