Banduan derma gaji bekerja di penjara bantu warga Palestin

Iklan
Banduan lelaki yang dikenali sebagai Hamza mendermakan pendapatan daripada gajinya bekerja di penjara California dalam usaha membantu rakyat Palestin. Foto Agensi

WASHINGTON - Seorang banduan lelaki yang kini dipenjarakan di Amerika Syarikat (AS) berhati mulia apabila mendermakan pendapatan daripada gajinya bekerja di dalam penjara untuk membantu rakyat Palestin.

Menurut laporan The Guardian, banduan berusia 56 tahun itu yang dikenali dengan nama Hamza memperoleh AS$13 sen (kira-kira RM0.60 sen) sejam di penjara California dengan melakukan kerja-kerja pembersihan dan mengangkat barang.

Iklan
Iklan

Pembikin filem, Justin Mashouf yang berkomunikasi dengan Hamza telah berkongsi foto di media sosial yang menunjukkan catatan masa Oktober kerja Hamza dan cek AS$17.74 (kira-kira RM84.12) dengan tulisan Jabatan Pembetulan dan Pemulihan California.

Log masa menunjukkan kerja dilakukan Hamza selama 21 hari berjumlah 136.50 jam yang bersamaan dengan jumlah AS$17.74 (kira-kira RM84.12).

Iklan

"Seorang saudara yang dipenjarakan menderma AS$17.74 sebagai usaha bantuan di Gaza.

"Sumbangan ini adalah jumlah 136 jam kerjanya di penjara sebagai kuli.

Iklan

"Semoga sumbangan ikhlas beliau dilipatgandakan oleh Tuhan,” tulis Mashouf dalam satu hantaran di aplikasi X.

Hantaran Mashouf mengenai sumbangan Hamza itu pantas menjadi tular dengan lebih 24,000 suka dan mendapat lebih 8,200 ciapan semula.

Menurut rekod undang-undang yang telah disemak Washington Post, Hamza disabitkan dengan satu pertuduhan membunuh pada tahun 1986 yang mana ketika itu dia masih remaja.

Mashouf kini menggerakkan kempen derma untuk Hamza menerusi GoFundMe bagi membantu Hamza untuk membayar sewa rumah, bil utiliti dan pakaian sebaik dia dibebaskan dari penjara nanti. - Agensi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28