'Pengganas Sulu pakai tangkal, anggap kebal'
Iklan
KUALA LUMPUR -"Mereka memakai tangkal dan ada kain warna kuning serta warna lain bertulis jawi di bahagian badan dan pinggang.” Itu antara penemuan pada pengganas yang mati ditembak semasa operasi Op Daulat di Lahad Datu, Sabah, kata bekas Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun.
Menurut Abdul Rashid, dipercayai mereka (pengganas) anggap perkara itu sebagai pelindung yang membuatkan pemakainya untuk menjadi kebal.