Tapak bazar Aidilfitri Dataran Senawang RM17,000?

Iklan
Bazar Aidilfitri Dataran Senawang lokasi bazar paling mendapat sambutan setiap tahun

SEREMBAN - Harga tapak khemah bazar Aidilfitri paling 'hot' di Dataran Senawang didakwa ada ditawarkan penganjur sehingga RM17,000.

Difahamkan harga yang disifatkan cekik darah itu ditawarkan untuk khemah di bahagian hadapan yang sememangnya menjadi rebutan peniaga setiap tahun.

Iklan
Iklan

Penganjur tersebut didakwa turut cuba meraih keuntungan dengan menetapkan harga mengikut lokasi dan saiz khemah bermula RM5,000 hingga RM15,000.

Selain itu peniaga yang berminat diminta membuat bayaran pendahuluan sebanyak 50 peratus daripada harga yang dipersetujui manakala baki 50 peratus lagi perlu diselesaikan pada Ramadan pertama iaitu 12 Mac, sebelum memasuki tapak.

Iklan

Sekiranya peniaga membatalkan atau tidak membuat bayaran penuh tempahan seperti tarikh ditetapkan, wang deposit mereka tidak dikembalikan.

Masri

Sementara itu, Datuk Bandar MBS, Datuk Masri Razali dihubungi Sinar Harian nyata terkejut dengan harga sewaan tapak khemah berkenaan yang disifatkan tidak munasabah.

Iklan

Menurutnya, terdapat tiga penganjur yang dilantik di bazar Aidilfitri Dataran Senawang yang diberi mengikut zon.

"Ketika penganjur membuat permohonan permit tapak bazar itu mereka telah maklumkan harga tawaran sewaan tapak khemah masing-masing dan sekiranya MBS bersetuju, baru kita luluskan.

Beliau tidak menolak kemungkinan harga itu ditawarkan oleh pihak ketiga yang cuba mengaut keuntungan dengan cara mudah memandangkan tapak khemah di situ yang sentiasa mendapat permintaan ramai.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan peniaga supaya berhubung terus dengan penganjur bukannya menggunakan orang tengah bagi elak ditipu.

"Sekiranya harga ditawarkan terlampau tinggi, buat aduan pada MBS supaya kita boleh siasat dan kalau pihak itu kata dia wakil penganjur, minta segala butiran.

"Mungkin ada yang dapat daripada penganjur, kemudian jual pada orang lain kerana isu pihak ketiga ini sememangnya berlaku bukan saja di Negeri Sembilan tetapi juga negeri-negeri lain," katanya.

Dalam pada itu jelasnya, terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi penganjur dan sekiranya gagal, mereka boleh disenarai hitamkan.

"Sepanjang bulan Ramadan ini kita nak bagi peluang untuk peniaga menambah pendapatan. Tapi kita kecewalah bila ada isu begini," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28