[VIDEO] Kerajaan timbang cadangan gaji graduan TVET RM4,000

Iklan

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedia mempertimbangkan cadangan agar gaji bagi graduan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) ditawarkan lebih RM4,000.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, cadangan itu antara yang diberi perhatian dalam usaha memperkasakan sektor TVET di negara ini.

Iklan
Iklan

"Terdapat saranan agar gaji premium itu (untuk graduan TVET) bukan berdasarkan kepada gaji minimum seperti yang dilaksanakan dalam sektor pekerjaan ketika ini tetapi ke satu tahap lebih tinggi.

"Yang dicadangkan ialah RM4,000 ke atas. Saranan ini secara tidak langsung bertujuan menggalakkan lebih ramai pelajar untuk masuk ke institusi TVET ini,” katanya di Dewan Rakyat di sini pada Selasa.

Iklan
Ahmad Zahid

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Dr Halimah Ali (PN - Kapar) yang membangkitkan isu Majlis TVET Negara dan gaji melibatkan graduan dalam bidang tersebut.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, TVET juga tidak akan dimulakan selepas Tingkatan Lima sahaja tetapi selepas Tingkatan Tiga, sekali gus menjadi ‘feeder’ kepada institusi tersebut.

Iklan

"Ia bagi membolehkan mereka dapat mengambil diploma dan ijazah dua tahun lebih awal daripada rakan-rakan yang lain,” katanya.

Ujarnya, semua cadangan yang dikemukakan akan diperhalusi dan sebaik dimuktamadkan ia bakal diumumkan ketika pelancaran Dasar TVET pada 2 Jun nanti.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28