Sakura Malaysia

Iklan
Musim bunga 'Sakura Malaysia' yang kini dapat dilihat di sekitar Pulau Pinang.

Pokok Tecoma ini banyak ditanam di sekitar bahu jalan di Pulau Mutiara, yang kebanyakannya berbunga mekar sehingga memberikan suasana seolah-olah berada di Jepun yang terkenal dengan bunga Sakura.

Setiap tahun pada musim panas atau kemarau pokok-pokok Tecoma akan mengeluarkan bunga warga putih dań merah muda di beberapa kawasan di Pulau Pinang.

Mekarnya bunga Tecoma mewarnai pemandangan jalan raya dan kawasan di sekitarnya.