Lelaki maut kereta langgar pembahagi jalan Jambatan Pulau Pinang

Iklan
Kereta dipandu mangsa remuk teruk selepas dikatakan terbabas sendiri lalu melanggar pembahagi jalan.

GEORGE TOWN - Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 3.7 Jambatan Pulau Pinang di sini dari pulau menghala ke Perai pada jam 12 tengah malam Selasa.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai, Pegawai Bomba Kanan II Shahrul Munawer Taharen berkata, mangsa dikenali sebagai Mohammad Fazri Mohd Rosli, 28, maut di lokasi kejadian kerana cedera parah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bomba menerima panggilan pada jam 12.20 tengah malam dan terus bergegas ke lokasi kejadian untuk kerja menyelamat.

"Apabila tiba di tempat kejadian, didapati sebuah kereta jenis Toyota Vios remuk teruk dan terdapat seorang mangsa.

Iklan
Pasukan bomba ketika mengeluarkan mangsa dari kereta yang remuk akibat terlanggar pembahagi jalan.

"Pasukan bomba menggunakan peralatan khas untuk melakukan kerja-kerja penyelamatan bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Ujar beliau, mangsa yang tersepit dikeluarkan pada jam 12.44 tengah malam namun disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital yang turut berada di lokasi kejadian.

Iklan

"Siasatan awal mendapati, mangsa terbabas sendiri dan melanggar pembahagi jalan. Bagaimanapun, siasatan lanjut akan dijalankan oleh pihak polis. Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Kerja menyelamat melibatkan lapan anggota bomba termasuk penyelia dari BBP Perai dengan bantuan tujuh anggota dari BBP Jalan Perak," tambahnya lagi.

Shahrul berkata, operasi tamat sepenuhnya pada jam 1.21 pagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!