Lelaki maut ketika daki Gunung Baling

Iklan
Mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri ketika berada di atas gunung. Foto JBPM

BALING - Seorang lelaki dilaporkan meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri semasa mendaki Gunung Baling di sini dalam kejadian kira-kira jam 12.13 tengah hari pada Selasa.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Mohd Jamil Mat Daud berkata, mangsa dipercayai berusia 39 tahun disahkan meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri.

Menurutnya, pihaknya menerima makluman awal bahawa mangsa tidak sedar ketika berada di atas gunung dan tidak dapat turun ke bawah.

Iklan

"Mangsa menjalankan aktiviti mendaki gunung bersama rakan- rakan.

Mangsa yang tidak sedarkan diri dibawa turun ke kaki gunung. Foto JBPM

"Pusat Gerakan Operasi (PGO) mengarahkan jentera K1-25 dan K2-11 ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.

Iklan

"PGO telah mendaki gunung bagi mendapatkan mangsa," katanya.

Beliau berkata, mangsa berjaya dibawa turun ke kaki gunung, namun disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!