PERTAHANAN baharu Kedah Darul Aman (KDA) FC, Mohd Rizal Ghazali berterima kasih kepada kelab tersebut kerana membawanya kembali untuk menguatkan kubu Sang Kenari bagi musim 2024-2025.
Pemain yang mencipta nama suatu masa dahulu bersama skuad hijau kuning itu sebelum ini antara nama yang disebut bakal kembali ke pangkuan KDA FC selepas bersama Sabah FC dua musim lalu.
Iklan
Iklan
"Apapun saya berterima kasih kepada KDA FC bawa saya pulang kembali dan saya akan buat yang terbaik.
"Saya harap penyokong di luar sana penuhkan kembali stadium macam sebelum ni. Insya- ALLAH 2024 ini saya percaya ada sinar,” katanya menerusi laman media sosial rasmi KDA FC pada Selasa.
Mohd Rizal yang berasal dari Baling, Kedah diakui antara pertahanan kanan terbaik pernah beraksi di Liga Malaysia.
Pemain pertahanan berusia 31 tahun itu telah membuat penampilan sebanyak 174 kali bersama tiga pasukan yang pernah diwakili sebelum ini iaitu Perlis pada 2011 hingga 2013, Kedah (2014 hingga 2021) dan Sabah (2022 hingga 2023).
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!