MERSING - Seorang penunggang motosikal maut apabila terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer (KM) 2, Jalan Endau Mersing, di sini, pada Isnin.
Menurut Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani, siasatan mendapati penunggang motosikal berkenaan merupakan lelaki warga tempatan berusia 43 tahun.
Iklan
Iklan
"Siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila kereta Perodua Axia yang dalam perjalanan ke Mersing cuba membuat pusingan U di kawasan berkenaan.
"Kereta Perodua Axia berkenaan dilanggar dari belakang oleh sebuah motosikal jenis Honda Vario yang datang dari arah sama.
"Penunggang motosikal tersebut dikejarkan ke Hospital Mersing akibat cedera parah dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan akibat kecederaan parah di bahagian dada,” katanya.
Sementara itu, pemandu kereta Perodua Axia yang berusia 20 tahun hanya mengalami cedera ringan.
Kes disiasat di bawah Seksyen. 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.