Nur Al Mustafa Malaysia tidak akan jemput Mawla Amin
Iklan
SHAH ALAM - Nur Al Mustafa Malaysia selaku penganjur yang menjemput Mawla Amin atau nama sebenar Muhammad Mohamed Amin Ouradji ke negara ini menyatakan hasrat untuk tidak berbuat demikian lagi.
Pengerusinya, Hasnul Hakim berkata, ia susulan kontroversi mengenai pertikaian berhubung status individu berkenaan yang mendakwa mempunyai jalur keturunan ke-38 Nabi Muhammad SAW.