KPDNHEP akan perkenal sistem e-dompet kepada penerima bantuan subsidi

Iklan
Wawancara khas bersama Sinar Harian di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melaksanakan sistem e-wallet atau e-dompet untuk pembayaran pelbagai skim bantuan dan subsidi kepada penerima di bawah kementerian itu bagi meminimumkan risiko berlaku ketirisan.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, program rintis itu akan dimulakan dalam masa terdekat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, langkah itu secara tidak langsung membolehkan pihaknya mengetahui ke mana rakyat membelanjakan bantuan berkenaan.

"Saya baru memuktamadkan idea itu (perkenal sistem e-dompet), jadi saya akan umum dalam masa terdekat tentang beberapa inisiatif segera yang akan diambil.

Iklan

"Kita akan bekerjasama dengan institusi kewangan bagi menyediakan kemudahan e-wallet sebagai cara memasukkan wang bantuan kepada penerima,” katanya.

Beliau berkata, penerima bantuan yang telah berdaftar hanya perlu menggunakan e-wallet untuk mengisi minyak atau membeli barangan keperluan lain seperti minyak masak dan tepung.

Iklan

"Jadi, dari situ kita dapat melihat ke mana wang itu digunakan. Pada masa yang sama, kita pastikan penerima itu adalah mereka yang benar-benar layak,” katanya dalam wawancara khas bersama Sinar Harian di sini.

ARTIKEL BERKAITAN: Sistem dan perisian e-Tunai Rakyat sedang diperhalusi: Guan Eng

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai hala tuju dan perancangan terbaharu kementerian itu tahun ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, sekiranya projek rintis itu berjaya, pihaknya dijangka membentangkan cadangan itu kepada Kabinet bagi membolehkan mekanisme sama dilaksanakan di kementerian lain.

Secara keseluruhan, katanya, kerajaan memperuntukkan RM24 bilion setahun untuk pemberian bantuan merangkumi pelbagai kementerian dan agensi.

"Saya imbas kembali kajian yang dibuat pakar ekonomi, Profesor Dr Jomo Kwame Sundaram dan rakannya dari Palestin pada tahun 2016 yang mengatakan bahawa bantuan berjumlah RM26 bilion yang diberikan kerajaan ketika itu menunjukkan kesannya adalah kosong kepada penerima.

"Itu kerana bantuan yang diberikan bukan kepada golongan sasar. Orang yang layak tidak mendapat bantuan tersebut manakala mereka yang tidak layak diberikan bantuan.

"Sistem e-Wallet ini akan membantu kerajaan mengetahui ke mana bantuan ini digunakan dan dalam masa sama kita dapat kurangkan risiko berlakunya ketirisan,” katanya.