WASHINGTON - Facebook dan Instagram mengalami gangguan teknikal selama dua jam sehingga memberi kesan kepada ratusan ribu penggunanya di seluruh dunia.
Gangguan bermula sejak jam 10 pagi (waktu tempatan) apabila ramai pengguna memaklumkan mengenai perkara itu bahawa aplikasi mereka log keluar secara tiba-tiba dan tidak boleh diakses kembali.
Iklan
Iklan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih di Amerika Syarikat (AS) sedang memantau kejadian itu dan tidak mengetahui sebarang aktiviti siber berniat jahat khusus atau perbuatan penggodam pada masa ini.
Menurut laman sesawang penjejakan gangguan Downdetector.com, lebih 550,000 laporan diterima berkaitan gangguan Facebook dan kira-kira 92,000 untuk Instagram.
"Untuk semua yang terkesan, kami (sudah) menyelesaikan isu ini," kata jurucakap Meta, Andy Stone dalam catatan di X tanpa menjelaskan lebih berhubung isu tersebut.
Meta mempunyai kira-kira 3.19 bilion pengguna aktif harian di seluruh rangkaian aplikasinya termasuk WhatsApp dan Threads. - Agensi
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28