LTAPP: Pulau Pinang, MAHB adakan perbincangan isu teknikal
Iklan
Jemaah Menteri yang bermesyuarat minggu lalu telah meluluskan cadangan pembesaran LTAPP di Bayan Lepas yang menelan kos RM1 bilion. Gambar kecil: Kon Yeow
BAYAN BARU - Kerajaan Pulau Pinang akan meneruskan perbincangan bersama Malaysia Airportd Holdings Berhad (MAHB) berhubung pematuhan isu-isu teknikal dalam projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).
Ia susulan pengumuman Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengenai kelulusan sebanyak RM1 bilion oleh Kabinet untuk projek berkenaan pada Februari lalu.
Iklan
Iklan
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, perbincangan itu boleh dijalankan serentak dengan pelaksanaan projek berkenaan.
"Saya tidak banyak komen kerana pelbagai pengumuman sudah buat sebelum ini, dan terkini kelulusan oleh Kabinet kepada MAHB. Maka MAHB akan melaksanakan tender untuk pelantikan kontraktor bagi memulakan projek ini.
Iklan
"Ia dijangka pada tahun ini, mungkin dalam suku ketiga. Dengan keputusan awal ini, maka kita harap MAHB dapat melaksanakan projek ini.
"Namun demikian, di peringkat ini MAHB dengan kerajaan negeri akan meneruskan perbincangan mengenai pematuhan isu-isu teknikal dalam projek pembesaran (lapangan terbang) ini. Ia tidak mengambil masa sebab boleh dijalankan serentak," katanya.
Iklan
Kon Yeow berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Kongres Dunia Persatuan Pengiklanan Antarabangsa ke-45 di Pusat Konvensyen Setia Spice di sini pada Rabu.
Seramai 1,000 peserta dari 30 negara menghadiri kongres selama tiga hari bermula Rabu yang pertama kali di adakan di negara Asia Tenggara.
Jelas Kon Yeow lagi, Exco Kerajaan Pulau Pinang berkaitan bertanggungjawab untuk menguruskan sesi libat urus yang dirancang bersama MAHB nanti.
"Saya tiada maklumat lanjut mengenai sejauh mana komponen-komponen projek, Exco akan menguruskannya nanti dari segi sesi libat urus bersama MAHB," katanya.
Minggu lalu, Jemaah Menteri yang bermesyuarat telah meluluskan cadangan pembesaran LTAPP di Bayan Lepas.
Anthony Loke berkata, MAHB akan bertanggungjawab bagi proses tender dan pembiayaan projek berkenaan yang dianggarkan menelan kos melebihi RM 1 bilion.
Dalam pada itu, mengulas mengenai persetujuan Kerajaan Persekutuan untuk mempercepatkan projek pembesaran tersebut, Kon Yeow berkata, pengumuman yang dibuat Kabinet adalah susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara itu sebelum ini.
"Ia sangat 'segera' kerana selepas beberapa minggu pengumuman oleh Perdana Menteri, MAHB melalui Menteri Pengangkutan telah membentangkannya di Kabinet, dan Kabinet telah meluluskannya.
"Keputusan berkenaan menandakan projek tender untuk projek berkenaan bermula," katanya.
Sebelum ini, Anwar berkata, Kerajaan Persekutuan bersetuju projek pembesaran dan naik taraf LTAPP dipercepat berikutan peningkatan dalam industri pelancongan negeri ini.
Anwar berkata, projek terbabit dijangka mengambil masa antara dua hingga tiga tahun untuk disiapkan dengan peruntukan untuk pembangunan itu dibiaya Kerajaan Persekutuan.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam