BAITULMUQADIS - Israel tidak akan mengenakan had baharu ke atas bilangan jemaah yang dibenar memasuki pekarangan Masjid Al-Aqsa Baitulmaqdis Timur pada minggu pertama bulan suci Ramadan, menurut pejabat perdana menteri pada Selasa, lapor Xinhua.
Menurut kenyataan itu, keputusan itu dibuat susulan mesyuarat para pegawai keselamatan tertinggi negara itu mengenai solat di tapak suci umat Islam dan Yahudi itu.