LKAN 2022: PR1MA rugi RM257 juta, tanggung liabiliti RM5.746 bilion

Iklan
PR1MA diramal menghadapi kesukaran untuk memenuhi obligasi membuat bayaran balik sukuk.

KUALA LUMPUR - Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) dilaporkan mengalami kerugian bersih sebanyak RM257 juta dan menanggung liabiliti berjumlah RM5.746 bilion pada 2022.

Ia berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Penyata Kewangan Agensi Persekutuan 2022 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Rabu.

Iklan
Iklan

Menurut laporan itu, disebabkan kedudukan kewangan berkenaan, PR1MA diramal menghadapi kesukaran untuk memenuhi obligasi membuat bayaran balik sukuk.

Katanya, antara faktor kerugian tersebut ialah penurunan hasil jualan rumah dan komersial sebanyak RM0.435 bilion atau 33.7 peratus kepada RM0.857 bilion pada 2022.

Iklan

"Kedudukan tunai dan kesetaraan tunai PR1MA adalah sejumlah RM0.428 bilion. Baki pinjaman sukuk berjumlah RM3.792 bilion perlu dilunaskan hingga 2027. Ia termasuk Sukuk Tranche 2 berjumlah RM1.750 bilion yang akan matang pada Oktober 2024.

"Berdasarkan kedudukan tunai itu, PR1MA akan menghadapi kesukaran untuk memenuhi obligasi membuat bayaran balik Sukuk Tranche 2 berjumlah RM1.750 bilion pada Oktober 2024," katanya.

Iklan

PR1MA diwartakan pada 19 Disember 2012 bawah Akta Perumahan Rakyat 1Malaysia 2012 (Akta 739) dengan fungsi utamanya merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden untuk penduduk bandar berpendapatan sederhana.

Justeru, bagi menambah baik tunai dan kesetaraan tunai PR1MA, pihak audit mengesyorkan supaya dilakukan penilaian semula strategi pembangunan projek perumahan dan komersial berdasarkan keperluan serta pasaran semasa.

Jelasnya, langkah berkenaan bagi memastikan kebolehpasaran penjualan unit rumah dan komersial yang siap, serta mencapai objektif pembangunan projek PR1MA.

"PR1MA juga perlu memastikan unjuran aliran tunai daripada hasil penjualan unit rumah dan komersial boleh dicapai untuk membiayai aktiviti operasi serta pelunasan pembayaran Sukuk Tranche 2 berjumlah RM1.750 bilion yang akan matang pada Oktober 2024," ujarnya.

ENDS

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!<