Mesyuarat Luar Biasa OIC suarakan kebimbangan nasib rakyat Palestin

Iklan
Mesyuarat Luar Biasa Majlis Menteri-menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang bersidang di ibu pejabat OIC di Jeddah pada Selasa. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Luar Biasa Majlis Menteri-menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang bersidang di ibu pejabat OIC di Jeddah pada Selasa memberi tumpuan kepada pencerobohan berterusan Israel di Gaza dan menyuarakan kebimbangan terhadap nasib rakyat Palestin.

Mesyuarat itu berlangsung di tengah-tengah kekejaman tanpa henti Israel terhadap rakyat Palestin, pencerobohan darat yang dirancang ke atas Rafah serta krisis kemanusiaan di Gaza.

Iklan
Iklan

Mesyuarat luar biasa itu dihadiri oleh Menteri-Menteri Luar Negara Anggota OIC, dengan Setiausaha Agung OIC menyampaikan ucapannya, menurut kenyataan akhbar Wakil Tetap Pakistan ke OIC.

Duta Besarnya Syed Mohammad Fawad Sher yang juga Wakil Tetap Pakistan ke OIC, membentangkan kenyataan kebangsaan Pakistan, menyatakan kebimbangan dan aspirasi yang turut dikongsi oleh negara anggota OIC yang lain.

Iklan

Beliau juga menegaskan akan pentingnya untuk menghantar bekalan bantuan kemanusiaan tanpa halangan.

Beliau menyeru OIC melaksanakan usaha baharu untuk menghentikan perang; segera mewujudkan dana kemanusiaan untuk Gaza; mendesak kemasukan negara Palestin sebagai ahli penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menggesa Setiausaha Agung PBB menubuhkan Suruhanjaya Siasatan untuk menyiasat jenayah perang Israel.

Iklan

Fawad Sher juga menyeru OIC mengadakan persidangan antarabangsa untuk segera merealisasikan penyelesaian dua negara; sebagai mematuhi resolusi Sidang Kemuncak Arab-Islam pada November 2023, meletakkan sekatan ke atas bekalan senjata dan peluru kepada Israel;

Duta Besar itu juga menggesa pelaksanaan lengkap langkah-langkah sementara yang diperintahkan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa dan mekanisme antarabangsa yang tidak memihak kepada sesiapa untuk melindungi orang awam Palestin.

Beliau turut menggesa pelaksanaan resolusi Sidang Kemuncak Bersama Arab-Islam pada November 2023.

Mesyuarat luar biasa itu sebelum menutup tirai menerima pakai Resolusi mengecam pencerobohan dan kekerasan Israel terhadap rakyat Palestin.

Resolusi itu turut membuat beberapa tuntutan termasuk antara lain menghentikan segera permusuhan, menarik balik kepungan ke atas Gaza, membekalkan bantuan kemanusiaan secara berterusan, mengadakan persidangan keamanan antarabangsa untuk menamatkan pendudukan Israel di wilayah Palestin, pembiayaan berterusan UNRWA, pengiktirafan penuh negara Palestin di PBB dan mengambil langkah untuk merealisasikan penyelesaian dua negara. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28