PN Selangor kutuk tindakan ADUN Selat Klang sokong MB

Iklan
Mohamed Azmin ditemui pemberita selepas berakhir sesi sidang DUN Selangor pada Rabu.

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Perikatan Nasional (PN) Selangor mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari yang mengisytiharkan sokongan kepada kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan tindakan Abdul Rashid itu sebagai satu pengkhianatan.

Iklan
Iklan

"Ahli Dewan Negeri Perikatan Nasional mengutuk sekeras-kerasnya tindakan diambil (ADUN) Selat Klang, ini satu tindakan khianat dan tidak bertanggungjawab kepada mandat diberikan rakyat," katanya.

Mohamed Azmin yang juga ADUN Hulu Kelang ditemui pemberita di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas berakhir sidang DUN Selangor di sini pada Rabu.

Iklan

Dalam pada itu, Mohamed Azmin memaklumkan, tindakan seterusnya terhadap Abdul Rashid akan dilakukan dengan mengikut peruntukan undang-undang yang ada dalam perlembagaan parti.

"Proses ini akan kita lalui untuk berlaku adil kepada semua pihak dan sekiranya beliau tidak terlibat, alhamdulillah tetapi tampillah untuk memberikan penjelasan.

Iklan

"Ini kerana (surat tersebar) telah menimbulkan kemarahan dan keresahan dalam kalangan rakyat khususnya pengundi Selat Klang," katanya turut mengesahkan tidak menerima sebarang surat rasmi mengenai perkara itu daripada Abdul Rashid.

Pada Rabu, Abdul Rashid yang juga bekas Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor mengisytiharkan sokongan kepada kepimpinan Amirudin.

Menurut ADUN Selat Klang itu, keputusan tersebut dibuat selepas meneliti perkembangan semasa dan mengambil kira beberapa faktor utama.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin turut menafikan lima lagi ADUN Perikatan Nasional Selangor terlibat menyertai Abdul Rashid dalam memberikan sokongan mereka kepada kepimpinan kerajaan negeri.

ADUN terbabit ialah ADUN Jeram, Datuk Harrison Hassan; ADUN Batang Kali, Muhammad Muhaimin Harith Abdullah Sani; ADUN Sungai Kandis, Wan Dzahanurin Ahmad dan ADUN Dengkil, Jamil Salleh serta ADUN Morib, Rosnizan Ahmad.

"Tidak usah layan ini semua dan saya ingin terus terang, rakyat penat dan rakyat mahu kami memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat dan itulah yang kami lakukan.

"Ini juga bukan sesi pertama (sidang DUN) tetapi sudah sesi kedua dan saya percaya saudara saudari telah melihat bagaimana kami menggunakan setiap ruang dalam Dewan Negeri ini untuk membawa suara rakyat," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!<