Misi baharu Kipre

Iklan
Kipre giat menjalani latihan bersama Kuching City. Foto Facebook Kuching City

PENYERANG import, Tchetche Kipre melaungkan keyakinan Kuching City FC mampu memberikan saingan terbaik dalam musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) 2024/25 yang dijadual bermula Mei depan.

Pemain kelahiran Ivory Coast itu mengakui tidak mudah untuk menggalas harapan yang diberikan kepadanya, namun dia berharap dapat memberikan impak dalam misi pasukan mendapat kedudukan lebih baik berbanding musim lalu apabila Kuching City menamatkan saingan Liga Super di tangga ke-13.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, skuad Kuching City kendalian Aidil Sharin Sahak pada kali ini nampak lebih bersedia apabila berjaya menyambar beberapa pemain baharu bagi menguatkan pasukan.

"Saya tahu ini bukan perkara yang mudah dan dalam bola sepak tiada janji, namun kami akan mencuba,” katanya.

Iklan

Kipre turut mengakui, hubungan baiknya bersama Aidil Sharin menjadi faktor dia tidak berfikir panjang untuk menyertai skuad The Cats yang muncul naib juara Challenge Cup musim lalu selepas tewas pada final kepada PDRM FC.

"Sangat senang dapat bekerja dengan beliau lagi kerana saya tahu cara beliau bekerja, taktikalnya sewaktu bersama Kedah dan saya mengharapkan semuanya berjalan dengan baik untuk musim hadapan,” katanya.

Iklan

Kipre juga mengakui amat gembira untuk berada dan bermain di negara ini lagi setelah menyaksikan cara permainan dan perkembangan setiap kelab di negara ini semakin berkembang.

"Setelah hampir lapan musim di Malaysia, pertandingan dan teknik setiap pemain dalam negara ini berkembang setiap hari sejak hari pertama saya bermain di sini,” katanya.

Dia yang pernah beraksi dengan pasukan Kedah FC sebelum ini juga berharap semua penyokong Kuching City dapat bersama-sama hadir ke stadium pada musim akan datang dan memberikan sokongan kepada kelab ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!