Bayi tujuh bulan maut

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Luluh hati seorang ibu apabila melihat bayi lelakinya dalam keadaan lembik dan tidak bermaya sebelum disahkan meninggal dunia.

Bayi berusia tujuh bulan didakwa dihantar dalam keadaan sihat ke rumah pengasuh di Kampung Setia Jaya, Taman Melati, di sini, semalam.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Wangsa Maju, Superintendan Noor Azmi Yusoff berkata, bapa mangsa berusia 33 tahun dimaklumkan kejadian tersebut oleh isterinya yang melawat anaknya itu kira-kira jam 12.15 tengah hari.

"Ibu mangsa memaklumkan anak mereka dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Iklan

"Bapa mangsa bergegas ke rumah pengasuh terbabit sebelum membawa anak mereka ke sebuah klinik swasta di Taman Melati," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata, doktor klinik yang merawat bayi berkenaan meminta bapa mangsa membawa anaknya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Iklan

Katanya, bagaimanapun doktor di HKL mengesahkan bayi berkenaan telah meninggal dunia.

"Hasil bedah siasat ke atas bayi terbabit terdapat kesan kecederaan dan pendarahan dalaman di bahagian kepala," katanya.

Tambahnya, siasatan masih dijalankan dan polis telah merakam keterangan pengasuh serta ibu bapa mangsa.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta kanak kanak 2001," katanya.