Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.0-5.0 peratus tahun ini

Iklan
Abdul Rasheed

EKONOMI Malaysia diunjurkan berkembang pada kadar empat hingga lima peratus tahun ini, disokong oleh permintaan kukuh dalam negeri dan keadaan sektor luaran yang bertambah baik, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Rasheed Ghaffour.

Beliau berkata, ekonomi global yang bertambah baik berserta dengan peningkatan kitaran teknologi akan memberi manfaat kepada eksport Malaysia, terutamanya memandangkan negara merupakan peserta dominan dalam industri semikonduktor global.

Iklan
Iklan

Pada masa yang sama Abdul Rasheed berkata, pembaharuan yang dilaksanakan termasuk Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal dan Rangka Kerja Fiskal Jangka Sederhana akan menyokong pengurangan defisit fiskal kepada antara -3 peratus hingga -3.5 peratus daripada KDNK menjelang 2025.

"Kerajaan komited untuk memastikan kemampanan fiskal melalui beberapa inisiatif pembaharuan dasar fiskal.

Iklan

Abdul Ghaffour juga berkata, daya tahan sektor luaran negara adalah kelebihan utama Malaysia dan ini disumbang oleh lebihan akaun semasa, tahap hutang luar negeri yang boleh diurus, kedudukan aset luaran bersih dan tahap rizab antarabangsa yang mencukupi.

"Kedudukan ini membolehkan Malaysia mengharungi keadaan kewangan global yang tidak menentu daripada kedudukan yang kukuh dan memastikan pasaran kewangan domestik terus kekal teratur,” katanya.

Iklan

Beliau berkata pada 2023 sahaja kira-kira AS$70 bilion (RM329 bilion) pelaburan telah diluluskan dengan pelaburan langsung asing menyumbang sebanyak 57 peratus.

Hampir 74 peratus daripada projek yang diluluskan antara 2021 hingga 2023 juga telah dilaksanakan, katanya. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28