Dua cedera terjatuh dari permainan fun fair

Iklan
Dua pengunjung cedera dalam kejadian di fun fair Likas, Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Dua cedera selepas dipercayai terjatuh dari permainan fun fair (pesta ria) di Likas di sini pada malam Rabu.

Dua video kejadian itu turut tular melalui aplikasi WhatsApp mengatakan mangsa jatuh dari permainan 'sotong'.

Iklan
Iklan

Pasukan bomba difahamkan telah menerima panggilan berhubung kejadian itu dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu dikejar ke lokasi kejadian.

Dalam pada itu, polis Kota Kinabalu mengesahkan kejadian tersebut.

Iklan
Mangsa diberi bantuan rawatan kecemasan sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah ketika dihubungi Sinar Harian memaklumkan mangsa hanya cedera dan kejadian itu tidak melibatkan kematian.

Sebelum itu, tular dua video masing-masing berdurasi enam dan 15 saat memaparkan kejadian dua pengunjung cedera dipercayai terjatuh dari permainan 'sotong'.

Iklan

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.58 malam dan sepasukan anggota dikejar ke lokasi.

"Menurut laporan, kejadian melibatkan mangsa terjatuh dari permainan di fun fair.

Mangsa dipercayai terjatuh dari permainan 'sotong' ini.

"Mangsa Junaidah Tarasan, 29, mengalami kecederaan di bahagian kepala telah diberikan rawatan awal oleh anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan seterusnya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth menggunakan jentera EMRS bomba," katanya.

Ordine berkata, operasi kemudian ditamatkan pada jam 9.40 malam.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28