GEORGE TOWN - Seorang anggota polis berpangkat konstabel menerima tujuh jahitan di tapak tangan kiri akibat cedera selepas bergelut dengan penagih ketika serbuan Op Tapis di Teluk Kumbar, petang Selasa.
Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, mangsa berumur 28 tahun dan bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya.