KEB bukan plaform untuk bahas agenda ekonomi nasional

Iklan
Norsyahrin

SHAH ALAM - Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) merupakan satu platform untuk membincangkan permasalahan dan penyelesaian berkaitan isu atau konflik yang dihadapi oleh kaum berkenaan yang tidak memerlukan campur tangan pihak luar.

Bagaimanapun Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Norsyahrin Hamidon berkata, tiada masalah sekiranya pemimpin bukan bumiputera untuk turut hadir sewaktu kongres berlangsung tetapi ia bukan platform untuk membahaskan agenda ekonomi nasional.

Iklan
Iklan

"Kenyataan mengenai penglibatan ini bukanlah dikeluarkan oleh pihak dewan perniagaan sahaja tetapi ia hasil daripada perbincangan bersama badan bukan kerajaan (NGO) ekonomi yang lain.

Program tersebut dihoskan oleh Ismail Adnan turut menampilkan dua lagi panelis iaitu Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Muhammad Asri Mohd Ali dan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang disiarkan secara langsung di semua platform media sosial Sinar Harian.

Iklan

Menurut Norsyahrin, ia bukan tindakan perkauman tetapi terdapat satu platform khas lain yang boleh membincangkan mengenai agenda ekonomi nasional.

"Kita bukan rasis tapi untuk pengetahuan, kita mempunyai Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) yang terdiri daripada dewan Melayu, Cina, India dan lain-lain untuk membincangkan masalah nasional.

Iklan

"Sebelum menerima pandangan dan cadangan daripada pihak luar, kita sendiri sebagai usahawan perlu mempunyai prinsip utama (based line)," ujarnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28