Konsert Taylor Swift: 'Kita terlepas peluang itu' - Ahmad Faizal

Iklan
Ahmad Faizal

SHAH ALAM - Malaysia dianggap terlepas peluang apabila gagal memanfaatkan ruang yang ada bagi membolehkan artis antarabangsa mengadakan persembahan di negara ini.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, ramai penghibur hebat yang boleh dibawa untuk beraksi melalui kaedah sedia ada, namun langkah tersebut tidak dilakukan.

Iklan
Iklan

"Kita terlepas peluang itu. Barisan selebriti kelas A berada dalam genggaman kita melalui perjanjian dengan ASM Global (syarikat pengurusan tempat AS).

"Kita mesti lebih agresif untuk mendapatkan mereka. Kejatuhan ekonomi yang besar adalah di luar politik,” katanya menerusi hantaran di aplikasi X pada Rabu.

Iklan

Sebelum ini, media melaporkan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berkata, langkah menjadikan republik itu sebagai destinasi tunggal konsert Taylor Swift di Asia Tenggara bukanlah tindakan yang tidak mesra terhadap negara-negara lain di Asia Tenggara.

Sebaliknya kata Hsien Loong, negara tersebut memang menyediakan insentif tertentu melalui dana pembangunan pelancongan dan terbukti sangat berjaya.

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28