Kerajaan perlu pertimbangkan sistem pendanaan awam - Young Syefura

Iklan
Young Syefura

SHAH ALAM - Kerajaan diminta mempertimbangkan sebuah sistem pendanaan awam yang melibatkan sejumlah wang diperuntukkan untuk diagihkan kepada parti-parti politik.

Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman berkata, sebuah badan bebas yang bakal melaksanakan sistem tersebut perlu mengambil kira isu pelantikan jawatankuasa terlibat.

Iklan
Iklan

"Inisiatif itu dijalankan supaya tiada mana-mana pihak kerajaan akan menyalahgunakan kepentingan tersebut selepas ini.

"Perkara Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan pendanaan politik ini pernah dibangkitkan berkenaan pembiayaan awam dengan izin terhadap mana-mana parti politik,” katanya ketika membahaskan Titah Diraja di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur pada Rabu.

Iklan

Young Syefura juga mewakili Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) - Integriti, Governans dan Anti Rasuah (IGAR) memaklumkan bahawa sistem tersebut dapat mengurangkan kebergantungan parti-parti politik terhadap dana swasta atau persendirian.

"Ini boleh mempengaruhi perbuatan dasar untuk kepentingan sempit tertentu bagi sesetengah pihak dan tidak menguntungkan rakyat,” tambahnya.

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28